Tuesday 26 March 2013

Minda dan kelebihannya

Sebelum kita bercerita mengenai kelebihan minda, mari kita kupas apa itu minda.

Minda adalah satu ruang aktiviti di mana fikiran dan perasaan kita berlaku. Fikirkan begini. Otak adalah hardware atau fizikal bagi bahagian dalam kepala kita, manakala minda adalah software yang bekerja di dalam kepala kita.

Minda adalah tempat di mana fikiran dan emosi berlaku. Kita boleh memikirkan fikiran dan merasakan emosi di minda kita.

Kita mempunyai dua minda, iaitu minda sedar, dan minda bawah sedar. Aktiviti minda yang kita lakukan secara sedar, seperti membandingkan baik buruk, memilih antara dua, memberikan alasan, mencari sebab dan bukti... kesemua itu adalah aktiviti minda sedar. Tujuan kita ke sekolah dari umur 7 tahun hingga 17 tahun, tujuannya adalah untuk melatih kecekapan minda sedar kita untuk berfikir - mengingat, memahami, dan menganalisis sesuatu perkara, iaitu memilih, membanding, menyusun, mencari persamaan dan sebagainya.

Minda bawah sedar pula adalah aktiviti yang berlaku secara bawah sedar contohnya bernafas. Di dalam keadaan yang busuk, kita secara automatik menahan nafas dan menutup hidung. Semasa kepenatan, kita secara automatik bernafas dengan tercungap-cungap. Semua ini dilakukan tanpa kita sedari. Semasa kita tidur, kita tetap bernafas. Dan ini juga merupakan aktiviti minda bawah sedar.

Minda bawah sedar bersambung dengan seluruh anggota badan kita. Ini kerana sejak kita lahir, minda bawah sedar wujud terlebih dahulu berbanding minda sedar. Keseluruhan badan kita pada mulanya sejak kita lahir adalah dikawal minda bawah sedar.

Sehinggalah kita berumur 8 hingga 12 bulan, barulah kita mulai berfikir. Dan pada waktu itulah minda sedar kita mulai terbentuk.

Minda bawah sedar juga tempat berlakunya emosi. Minda bawah sedar sangat cekap menggunakan emosi untuk mendapatkan apa yang badan kita perlukan. Semasa ketiadaan minda sedar, minda bawah sedar melakukan tugasnya dengan sangat cekap untuk mempengaruhi emosi orang lain untuk memberi kita apa yang kita inginkan.

Pada sekitar umur 12 tahun, minda sedar kita telah mulai berfungsi sepenuhnya... dan kita telah boleh mengawal emosi, contohnya menyembunyikan perasaan sakit dan menahan air mata apabila dimarahi ibu. Tetapi, walaupun minda sedar telah berfungsi, ianya masih mentah, dan sebab itu remaja di bawah 17 tahun sangat mudah dipengaruhi. Minda sedarnya masih belum cukup kuat untuk mengelak pengaruh emosi jahat.

Selepas umur 17, sekiranya sesorang itu mempunyai minda sedar yang lemah, dia akan sangat mudah dipengaruhi walaupun usianya makin bertambah.

Di sinilah letaknya kuasa minda sebenar!



Sekejap. Jangan salah faham. Kuasa minda yang saya maksudkan bukanlah minda bawah sedar semata-mata.

Tetapi, kuasa sebenar minda adalah terletak pada CARA kita menggunakan gabungan minda sedar dan minda bawah sedar secara harmoni dan bersama.

Dengan menggunakan minda sedar kita sepenuhnya, kita boleh memanfaatkan minda bawah sedar kita dengan baik.

Dengan kebolehan menggunakan minda bawah sedar kita sendiri, kita boleh mempengaruhi minda bawah sedar orang lain, untuk membawa wang kepada kita!

Di sinilah letaknya KUASA SEBENAR minda kita. Ianya bergantung kepada sejauh mana kita mampu memanfaatkan minda bawah sedar kita, dan sebaik mana kita mampu mengawal aktiviti minda sedar kita.

Kita akan sambung lagi dalam artikel seterusnya.

1 comment:

  1. artikel yg bagus...mind power
    macamana nak menggunakannye

    ReplyDelete