Tuesday 26 March 2013

Kuasa Minda Dan Rahsia Jiwa

Dengan menggunakan kuasa minda - minda sedar dan minda bawah sedar - kita boleh mengawal dan membentuk jiwa kita.

Pernah dengar kata-kata begini?

"Pelakon itu menjiwai wataknya dengan baik."
"Dia adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat."
"Seorang guru harus berjiwa pendidik"
"Dia seorang tokoh yang berjiwa besar!"
"Jangan sampai sakit jiwa sudah la..."

Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahu, dengan syarat kita memupuk jiwa tersebut dalam diri kita.

Jika ingin mendapat wang yang banyak, kita juga boleh menjiwai kehidupan seseorang yang sering mendapat banyak wang!

Ini adalah kepakaran kita sejak kanak-kanak lagi.

Tiada siapa yang lebih hebat dalam mempelajari sesuatu benda melainkan kanak-kanak. Ini kerana semasa zaman kanak-kanak, kuasa jiwa pada minda bawah sedar kita masih dominan. Ini membuatkan kita lebih mudah untuk menjiwai apa-apa watak, termasuk watak polis, askar, ibu-ibu atau pemandu motosikal atau kereta malah kapal terbang.

Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, baru mulai belajar tunggang basikal. Setiap hari saya bayangkan saya bawa basikal. Dan berlatih mengawal basikal angin.

Itulah apa yang dimaksudkan dengan "menjiwai" sesuatu watak. Waktu belajar menunggang basikal itu, saya menjiwai watak seseorang iaitu diri saya sendiri yang sudah boleh berbasikal dengan baik. Saya berangan-angan seolah-olah saya telah boleh menunggang basikal dengan baik. Saya melakukan begitu sepanjang masa. Dan tak sampai beberapa hari, kalau sebelum ini saya asyik terjatuh sebab tak pandai, tiba-tiba saya boleh menunggang basikal dengan baik dan lancar.

Itu zaman kanak-kanak.

Dan ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada saya sewaktu baru tamat universiti dan baru mulai bekerja.

Dan ini adalah kisah yang betul-betul berlaku kepada saya. Saya pernah mendapat wang sampingan setiap bulan sekitar RM400 hingga RM800 tiap-tiap bulan selama dua tahun berturut-turut melalui internet.

Itu berlaku selepas beberapa bulan berangan-angan untuk mendapat duit RM600 tiap bulan hanya melalui internet.

Waktu berangan-angan itu, saya masih belajar di universiti lagi. Setiap hari, saya menumpang motosikal kawan saya untuk pergi kuliah. Kawan saya yang drive. Saya di belakang. Masa perjalanan sekitar 30 minit untuk sampai ke tempat belajar.

Sepanjang waktu itu, saya hanya berangan-angan, alangkah bagusnya kalau saya dapat RM600 setiap bulan... hanya melalui internet... ada website... dan duit masuk tiap bulan secara automatik... seronoknya...

Begitulah angan-angan saya setiap hari. Kenapa internet? Kerana pada masa itu idea buat duit melalui internet masih baru lagi dan tak ramai yang tahu. Dan saya mendapat idea tersebut melalui forum-forum. Oleh kerana tidak tahu apa-apa pada waktu itu, maka cuma boleh berangan-angan sahaja.

Yang peliknya, semakin banyak saya berangan-angan, semakin banyak ebook berkaitan bisnes internet yang saya dapat. Banyak yang secara percuma, dan sikit yang berbayar. Dari situlah saya semakin tahu dan faham mengenai buat duit di internet, tetapi masih belum buat satu sen pun melalui internet. Blog dan website saya waktu itu dah cecah 40 lebih, tetapi satu pun tak menghasilkan duit. Agak frust. Jadi, untuk menyedapkan hati, setiap hari saya akan berangan-angan untuk dapat pendapatan sampingan RM600 sebulan. Kenapa RM600? Sebab waktu itu masih belajar lagi, kalau dapat extra RM600 sebulan tu kira hebat dah bagi seorang pelajar macam saya waktu itu.

Kemudian, beberapa bulan selepas tamat belajar dari universiti, iaitu baru lepas sebulan dapat kerja, salah seorang rakan sekerja saya waktu itu menunjukkan satu idea yang bernas untuk buat duit di internet. Dan seperti automatik, saya pun melakukannya. Akhirnya blog saya siap, dan selepas promosi selama dua bulan, tanpa diduga, saya mulai mendapat duit tiap-tiap bulan. Dan jumlahnya tidak lari daripada RM400 hingga RM800 sebulan. Secara purata, lebih kurang RM600 sebulan.

Keadaan ini berterusan sehingga dua tahun. Dan akhirnya saya mendapat pekerjaan lain dengan gaji yang lebih tinggi. Juga dengan menggunakan konsep yang sama.

1. Berangan-angan
2. Menjiwai Watak

Selepas beberapa tahun, saya telah tergerak untuk mengkaji lebih dalam mengenai perkara ini. Dan saya mulai mengikuti kursus-kursus berkaitan kuasa minda.

Akhirnya saya menemui jawapan demi jawapan bagaimana semua ini boleh terjadi.

Blog ini akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai teknik menarik wang menggunakan kuasa minda. Nantikan tulisan saya seterusnya.

No comments:

Post a Comment