Tuesday 26 March 2013

Minda Dan Jiwa

Sejak kita lahir, kita boleh bergerak, bernafas, menangis dan ketawa secara semulajadi. Ini adalah kerana kita mempunyai minda bawah sedar.

Apakah pula yang menggerakkan minda bawah sedar kita?

Jawapannya adalah jiwa.

Apa pula jiwa itu?

Jiwa, adalah merupakan sejenis TENAGA yang HIDUP dan PINTAR.

Jiwa ini adalah tenaga yang boleh menghasilkan getaran yang dinamakan emosi.

Semasa kita baru lahir, kita menggunakan emosi untuk memanggil ibu bapa atau orang yang dewasa untuk memberikan kita sesuatu, contohnya makanan.

Kita juga menggunakan mimik muka berkerut untuk menunjukkan kita tidak selesa. Kesemua ini adalah kepintaran jiwa dalam menggunakan emosi secara semulajadi untuk mendapatkan apa yang kita perlukan.

Semasa kecil, kita perlukan makanan, perlindungan dan keselesaan untuk membolehkan kita terus hidup dan membesar.

Semasa berumur 8 hingga 12 bulan, minda sedar kita mulai terbentuk, dan kita telah bersedia untuk mempelajari cara yang lebih baik berbanding bergantung semata-mata kepada tangisan dan mimik muka sahaja untuk mempengaruhi emosi orang dan mendapatkan apa yang kita perlukan.

Kita mulai belajar bercakap dan sebagainya.

Di sinilah kepentingan minda sedar.

Minda sedar juga adalah sejenis tenaga yang terhasil daripada tenaga jiwa.

Jiwa adalah sumber tenaga yang hidup, dan pintar.

Kita mulai menggunakan kata-kata untuk mempengaruhi emosi orang contohnya ibu bapa kita agar memberikan kita apa yang kita perlu. Kadang-kadang, kita tidak akan dapat apa yang kita mahu, oleh itu, kita perlu belajar MEMILIH dan bertimbang rasa... maka timbullah erti pengorbanan. Jika kita ingin bermain dengan selesa di luar, kita perlu korbankan masa makan. Atau sebagainya.

Dan jika kita minda sedar kita pintar, kita boleh fikirkan cara untuk mendapatkan kedua-duanya, tanpa korbankan apa-apa. Contohnya, jimatkan masa makan, dan lebihkan masa bermain. Inilah namanya bertimbang rasa dan berharmoni.


Apabila terdapat dua jenis minda sedar dan bawah sedar, dan kedua-dua ini adalah jiwa yang pintar, masing-masing akan menguasai masing-masing. Minda sedar boleh memerangi minda bawah sedar, atau sebaliknya.

Apabila kedua-dua minda sedar dan bawah sedar mencapai kesepakatan, di situlah anda akan rasa SANGAT BAHAGIA, SANGAT SELESA dan SANGAT BERSYUKUR kepada Tuhan. Dan mungkin itulah pelajaran yang tuhan berikan kepada kita, iaitu bagaimana mengharmonikan kedua-dua minda sedar dan bawah sedar, agar kita mengenal kuasa Tuhan, iaitu kuasa jiwa yang hidup dan pintar. Dan seterusnya dapat MENGAWALNYA untuk mencapai kebahagiaan, keselesaan dan tidak lupa juga untuk bersyukur dengan nikmat dan kekayaan yang Tuhan berikan.


Jadi teruskan membaca, kerana mungkin apa yang anda cari untuk meningkatkan lagi keupayaan mengawal minda sedar dan bawah sedar anda, ada di sini.

Mungkin apa yang anda perlukan untuk meningkatkan lagi tahap kebolehan anda menarik apa yang anda mahu, contohnya WANG, ada di sini.

No comments:

Post a Comment