Tuesday 26 March 2013

Kenapa Wang?

Wang adalah bahan mentah untuk mendapatkan benda-benda lain. Wang juga adalah alat untuk kita alirkan kelimpahan nikmat kepada lebih ramai orang.

Tuhan amat menyayangi kita, malah lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Dan untuk menunjukkan yang tuhan sayang kepada kita, Tuhan telah sediakan EMAS, PERMATA dan SERIBU KEKAYAAN di perut bumi untuk kita. Apa yang tuhan minta, adalah kita berusaha untuk mendapatkannya dalam bentuk yang kita suka. Jika kita suka kereta, Tuhan bagi kita kereta. Jika kita suka rumah, Tuhan akan bagi kita rumah. Dengan syarat, usaha!

Kita juga begitu. Jika kita sayang seseorang, contohnya ibu-bapa, isteri dan anak-anak, setakat ucapan sayang sahaja tidak cukup. Kita perlu beri mereka makan, tempat berteduh, dan hidup selesa. Kita perlu beri mereka kekayaan, kekayaan yang Tuhan bagi.

Wang? Apakah kaitan wang dalam semua ini?

Wang adalah bahan mentah. Suatu alat ciptaan manusia yang memudahkan kita memindahkan dan mengagih-agihkan kekayaan yang telah Tuhan berikan kepada kita. Wang bukan segala-galanya, tetapi wang adalah alat yang memudahkan kita memindahkan kekayaan Tuhan dari seorang kepada seorang yang lain. Sebab itulah, bagi orang yang faham perkara ini, akan berusaha menjadi kaya dengan menarik banyak wang ke dalam hidup mereka. Mereka tidak pernah sekali-kali menghina wang atau orang yang berusaha keras dalam mencari wang. Kerana mereka tahu, hanya orang yang mengenal Tuhan dan kekayaan Tuhan sahaja akan berusaha mendapatkan seberapa banyak wang. Kemudian, sesudah mendapat banyak wang, akan mereka gunakan ke jalan kebaikan. Jalan mulia dengan mengagih-agihkan kekayaan Tuhan di muka bumi ini kepada ramai orang melalui WANG.

Untuk dapatkan wang, kita boleh bekerja keras menggunakan tulang empat kerat. Atau, kita boleh mendapatkannya menggunakan satu lagi kekuatan yang juga datang dari Tuhan, tetapi jarang didengari - iaitu minda.

Hanya segelintir orang terpilih sahaja akan tergerak untuk mempelajarinya. Namun, masih ramai yang belum betul-betul fahami kehebatannya, apa lagi menggunakannya dengan berkesan untuk menarik wang ke dalam hidup mereka.

Masih belum terjawap, kenapa blog ini fokus kepada wang?

Ini jawapannya: Wang adalah alat ciptaan manusia untuk memindah dan mengagihkan kekayaan Tuhan di kalangan manusia. Kekayaan yang dimaksudkan bukan sekadar CINTA Tuhan kepada manusia. Tetapi HARTA dan KEKAYAAN Tuhan di perut bumi dan permukaan bumi. Wang boleh digunakan untuk mengeluarkan kekayaan ini, dan dipindahkan dan diagihkan kepada ramai orang. Dengan adanya wang, semakin ramai orang boleh menikmati kekayaan Tuhan.

Semakin banyak wang yang anda kumpul, semakin banyak KEKAYAAN Tuhan yang anda dapat. Kemudian terpulang bagaimana anda menggunakannya. Adakah ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan. Apa yang penting, wang amat berguna kepada anda, jika anda tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam melakukan kebaikan, anda boleh melakukan kebaikan yang lebih besar dan kepada lebih ramai orang.

Bagaimana untuk tarik wang dengan kuasa minda? Apa itu minda? Apa itu kuasa? Apa itu kuasa minda?

Adakah kuasa minda bertindak seperti tangan ghaib yang menarik duit dari poket setiap orang? Adakah kuasa minda itu berfungsi dengan bantuan jin atau toyol untuk mencuri duit dalam peti simpanan orang di rumah? Adakah kuasa minda itu malaikat yang membantu anda memindahkan wang berjuta dari alam ghaib ke rumah anda sekelip mata? Teruskan tertanya2.

Sebelum saya menjawap soalan-soalan tersebut, saya ingin meneruskan bercerita mengenai wang lagi.

Ikuti kisah wang di dalam post seterusnya

No comments:

Post a Comment