Tuesday 26 March 2013

Apa itu kuasa?

Kuasa, amat rapat dengan tenaga. Tenaga pula, amat rapat dengan KERJA.

Saya akan ceritakan satu persatu mengenai kuasa, tenaga dan kerja.

Kerja membawa maksud, suatu tindakan untuk memindahkan sesuatu, sama ada menolak atau menarik sesuatu itu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam blog ini, kerja yang dimaksudkan adalah MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Sekali lagi, baca betul-betul.

KERJA yang dimaksudkan dalam blog wangminda.blogspot.com ini adalah tindakan MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Untuk melakukan KERJA, anda perlukan TENAGA.

Apa pula tenaga ini?

TENAGA adalah sumber bekalan yang boleh digunakan untuk melakukan KERJA.

Contohnya, sumber makanan memberi badan kita TENAGA untuk menarik dan menolak benda fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain.

TENAGA elektrik boleh menggerakkan elektron untuk menghasilkan pelbagai kerja, contohnya menghasilkan cahaya, menghidupkan TV, laptop, handphone dan banyak lagi peralatan elektrik.

TENAGA minda pula, boleh digunakan untuk menggerakkan JIWA seseorang untuk membawa wang kepada kita.

Tenaga minda sangat kecil jika dibandingkan dengan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Kita boleh mengangkat sehingga 50kg benda menggunakan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Tetapi, dengan menggunakan tenaga minda, kita hanya mampu berfikir... tetapi di situlah KEHEBATANNYA!

Baca ini dengan teliti.

Semakin sikit tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan kerja, maka semakin BESAR kuasa yang kita ada.

Ini kerana, KUASA adalah kadar kecepatan melakukan kerja.

Dengan kuasa minda, dengan kuasa berfikir, kita boleh menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, contohnya menarik wang yang banyak dalam masa singkat.

Dalam artikel seterusnya, kita akan berkenalan dengan minda dan kelebihannya.

No comments:

Post a Comment